Saturday, 27 July 2013

KAWAN CINTA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua bloggers kat luar sana..hari ni cinta nak cerita sikit pengalaman yang cinta perolehi..cinta ni suka mendengar masalah kawan2 cinta dan cinta suka bagi pendapat untuk menyelesaikan masalah cinta..

Hari ni cinta mendengar kisah sahabat baik cinta yang sangat cinta sayangi..Kami sekarang berada dalam jarak yang jauh kerana menyambung pengajian dalam bidang masing2..Cinta masih di Universiti dan sahabat cinta mengambil STPM di Kuala Lumpur..
 Berbalik kepada asal,sahabat cinta ni orang yang sangat penyabar,,cinta tak tahulah kalau cinta yang sedang hadapi masalah macam dia..mesti cinta down gler..hahahha

Masalah sahabat cinta ni adalah dia ada suka kpd kawan kelas dia tetapi lelaki tu suka memberi harapan palsu kepada sahabat cinta..Sebenarnya dia sudah mempunyai kekasih tetapi dia sengaja mahu mempermainkan sahabat cinta..Cinta kesian sangat dengan sahabat cinta ni.lelaki ini selalu menjadikan sahabat cinta sebagai tempat untuk dia menghilangkan kebosanan apabila ketiadaan kekasihnya..dan yang paling cinta kesian,kekasih lelaki tu juga kawan baik kepada sahabat cinta..Sanggup mereka berdua menipu sahabat cinta..Sahabat cinta memang orang yang bersabar..walaupun kawan dia buat dia macam tu dia masih ikhlas mahu berkawan dengan mereka..Dia kesian pada mereka berdua sebab di dalam kelas tiada siapa yang mahu berkawan dengan pasangan kekasih tadi sebab suka sangat membuat onar di dalam kelas..

Cinta bersimpati terhadap sahabat cinta dan keperibadiannya sangat2 cinta puji..dia masih sudi berkawan dengan orang yang sudah menyakitkan hati dia dan tadi sahabat cinta ada kata bahawa"mungkin sudah takdir untuk aku menjadi kawan dia dan aku terima"sebenarnya sedih cinta mendengar ayat itu keluar daripada mulut sahabat cinta..kalau cinta ada di sebelah dia sekarang cinta nak sangat memeluk dia untuk menenangkan perasaan dia..cinta tahu dia sedang bersedih dengan keadaan ini dan hatinya sangat terluka..

Cinta berharap sangat pasangan yang sanggup menyakiti hati sahabat cinta akan berubah sebelum Allah membalas balik perbuatan mereka atas apa yang mereka lakukan kepada oarang lain..dan kepada sahabat cinta yang sangat cinta sayangi sepenuh hati..banyakkan bersabar ya sayang..peliharalah keperibadian mu..jangan biarkan ia goyang kerana mereka..mungkin tiada jodoh antara kau dan si teruan..namun cinta yakin kau akan menemui kebahagian yang lebih baik di kemudian hari disamping bakal imam yang akan sentiasa menemani hidupmu hingga ke pintu syurga yang abadi..aminn..

cinta<3 sahabat cinta

No comments:

Post a Comment