ALAM UNIVERSITI
Alam universiti memang sangat menyeronokkan ..cinta dapat rasakan kebebasan yang amat sangat ketika di alam universiti namun kebebasan yang masih ada batasnya..setiapa perkara yang kita buat haruslah tidak melebihi batas2 keprcayaan yang ditetapkan oleh ibu bapa kita..namun tak cinta nafikan ada juga yang terpesong ketika berada di alam universiti ini..masing2 menjadi alpa dengan kebebasan yang diperolehi..
Berada di alam universiti kadanga kala membuat remaja terdedah dengan pelbagai budaya luar rumah terutama apabila berjauhan daripada keluarga..cinta berharap semoga cinta dapat mengawal diri cinta agar tidak terjebak dengan perkara2 yang tidak baik seperti itu..begitu juga denga semua blogger2 di luar sana..
Walaupun alam universiti ini kita bebas untuk melakukan apa sahaja namun ingatlah bahawa kemana sahaja dan apa sahaja yang kita lakukan kita masih membawa nama keluarga dan dan juga nama universiti kita..janganlah kita mencemarkan nama baik mereka dengan sikap buruk kita..kelak masa depan kita juga yang akan menjadi gelap..
nasihat ini cinta tujukan khas untuk diri cinta yang serba kekurangan ini dan juga semua yang sudi membaca coretan cinta..sekali kita terjebak dengan perkara yang tidak baik bukan mudah untuk kita keluar daripada jalan itu..kasihanlah pada ibubapa kita yang sudah bertungkus lumus mengerah tenaga dan membanting tulang untuk menghantar kita ke universiti..Hargailah jasa mereka dengan belajar bersungguh2 dan berilah kesenangan yang selayaknya mereka perolehi setelah bersusah payah membesarkan kita tanpa merungut..tanpa mereka kita tidak akan wujud di muka bumi ini..
Cinta sayangkan mak dan ayah cinta sepenuh jiwa dan raga..cinta akan berusaha semampu yang boleh untuk memberi kegembiraan kepada mak dan ayah cinta..cinta mahu memberikan kesenangan kepada mak dan ayah cinta setelah mereka bersusah payah demi cinta..cinta akan mengahargai setiap pengorbanan mereka buat cinta..
CINTA <3 MAK & AYAH..
No comments:
Post a Comment